Kamis, 22 Maret 2012

Novel remaja :)

Novel Mencari Cinta ini mengisahkan tentang kemelut cinta seorang gadis bernama Annessa yang dibelenggu dalam jerat cinta remajanya. Anessa watak yang sentiasa mengingati kenangan manis di zaman persekolahannya. Anessa yang antara watak penting menjadi perindu menunggu kehadiran lelaki bernama Ilham Hazami. Namun penantian yang panjang itu cukup menyeksa batin Annessa sehinggalah sirna yang dicari kembali berputik. Munculnya Faris bersama lamarannya membuatkan Annessa kebinggungan. Anessa tersungkur ke lembah kekeliruan untuk membuat keputusan. Lantas membiarkan persoalan itu tergantung dan membebaninya tanpa menolak mahupun menerima. Hakikatnya Annessa masih mahu mengejar bayang Ilham dan masih enggan membiarkan bayang itu pergi dari hidupnya. Namun, penantian Annessa berakhir dengan kekecewaan apabila Ilham pulang dari Jepun dengan status suami orang. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia dan yang lebih mengecewakan lagi bila mendapat tahu bahawa isteri Ilham adalah sahabat baiknya sendiri iaitu Sofia.
Bersama luka yang parah dia berpaling kepada Faris. Menyambut lamaran Faris yang dulunya dibiarkan sepi. Malahan Anessa juga telah melakar janji akan berusaha untuk bahagia bersama Faris walaupun jiwanya meronta setiap saat. Namun, semua itu bukanlah mudah seperti melontar janji kerana Anessa masih gagal menyingkir bayangan Ilham dari hidupnya. Dia seolah-olah hidup bersama-sama bayangan Ilham. Walaupun bersama Faris namun jiwanya masih mengejar
bayangan Ilham. Hanya kerana saling memendam perasaan mereka jadi penasaran

dan terpaksa menghirup kesunyian yang mengigit naluri mereka. Sekeping

ucapan kiriman Ilham menimbulkan seribu penyesalan.Kalaulah Annessa berani

meluahkan rasa hatinya mungkin mereka sedang berbahagia di saat ini. Di mana

silapnya? Siapa yang bersalah antara mereka? Atau inikah perjalanan takdirnya.
Cinta itu duri. Cinta itu duka. Kadang-kadang ia mampu membuat seseorang tersenyum, tidak sikit juga yang terus dirundum bingung. Namun, cinta bukan sekadar hitam putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar di kawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi, mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Wajarkah dia merebut sesuatu yang bukan miliknya? Walaupun Sofia member peluang itu kepadanya, tapi sangupkah dia mengkhianati sahabatnya sendiri.
Di saat Annessa mencuba untuk menerima Faris, kejadian yang tidak diduga terjadi. Sofia, isteri Ilham mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Annessa keliru. Tidak berdaya menghadapi dilema ini. Anessa berada dalam ketakutan. Tidak percaya kepada permainan takdir di depan matanya. Sahabat baik yang suatu waktu dahulu berkongsi suka dan duka bersamanya telah pergi meninggalkannya.
Mungkinkah itu satu petunjuk ataupun peluang untuk dia kembali bersama Ilham? Annessa dihambat segunung rasa buntu. Dalam kekalutan fikiran, Annessa menolak kembali Faris. Lupa dengan janjinya untuk bahagia bersama Faris. Kekerasaan hatinya tidak mampu dilembutkan walaupun dengan airmata Faris."Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?" Sukar untuk menangkis kata-kata Faris.
Annessa akui memang dia yang bersalah. Namun, keikhlasan hati Faris meruntun jiwanya. Betulkah tindakannya itu? Membiarkan lelaki sebaik Faris pergi dari hidupnya.
Namun, Annessa kecewa bila Ilham langsung tidak menunjukkan rasa sedih di atas kematian Sofia. Entah kenapa tiba-tiba perasaan cintanya kepada Ilham menjadi hambar. Walaupun masih berbekas cintanya kepada Ilham namun tidak mampu mengatasi rasa kecewa dan hampa
yang menyelinap di jiwanya. Hatinya tiba-tiba dibaluti kekosongan yang menggunung. Sinar pelangi yang dinantinya kelihatan semakin samar dan pudar lantas mencoret sejuta rasa malu, kecewa dan kacau di lubuk jiwanya itu. Annessa redha. Membiarkan kedua-dua lelaki itu pergi dari hidupnya. Namun, dia bersyukur kerana cinta yang selama ini membelenggu dirinya telah hilang. Bertahun dia gagal menyingkir rasa itu, akhirnya dia berjaya. Perjalanan hidup masih jauh. Dan Annessa perlu teruskan kehidupannya dengan sebaik mungkin. Namun, dalam pada itu ada getar rasa yang mula menyelinap di sanubarinya. Sebaris nama itu mula mendapat tempat di hatinya. Ada rindu yang berputik buat lelaki yang bernama Ahmad Faris.
Untuk mengambil keputusan itu, Annessa bermohon agar dilorongkan hatinya pada yang sepatutnya. Annessa tidak pernah menyesal dengan keputusannya dahulu. Lalu, bila hatinya tergerak untuk melangkah, Annessa percaya itu satu ketentuan.
Bersama keyakinan Annessa menemui Faris, menyatakan hasrat di hati. Dan Faris menyambutnya dengan rela hati. Episod cinta antara mereka baru bermula. Dan mudah-mudahan, kesudahannya pasti tidak akan sama seperti sebelumnya.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar