Bersama
luka yang parah dia berpaling kepada Faris. Menyambut lamaran Faris yang
dulunya dibiarkan sepi. Malahan Anessa juga telah melakar janji akan berusaha
untuk bahagia bersama Faris walaupun jiwanya meronta setiap saat. Namun, semua
itu bukanlah mudah seperti melontar janji kerana Anessa masih gagal menyingkir
bayangan Ilham dari hidupnya. Dia seolah-olah hidup bersama-sama bayangan
Ilham. Walaupun bersama Faris namun jiwanya masih mengejar
bayangan Ilham. Hanya kerana saling memendam perasaan mereka jadi penasaran
dan terpaksa
menghirup kesunyian yang mengigit naluri mereka. Sekeping
ucapan kiriman
Ilham menimbulkan seribu penyesalan.Kalaulah Annessa berani
meluahkan rasa
hatinya mungkin mereka sedang berbahagia di saat ini. Di mana
silapnya? Siapa
yang bersalah antara mereka? Atau inikah
perjalanan takdirnya.
Cinta
itu duri. Cinta itu duka. Kadang-kadang ia mampu membuat seseorang tersenyum,
tidak sikit juga yang terus dirundum bingung. Namun, cinta bukan sekadar hitam
putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar di kawal.
Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi, mimpi itu juga yang
dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama
ini. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Wajarkah dia
merebut sesuatu yang bukan miliknya? Walaupun Sofia member peluang itu
kepadanya, tapi sangupkah dia mengkhianati sahabatnya sendiri.
Di
saat Annessa mencuba untuk menerima Faris, kejadian yang tidak diduga terjadi.
Sofia, isteri Ilham mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Annessa keliru.
Tidak berdaya menghadapi dilema ini. Anessa berada dalam ketakutan. Tidak
percaya kepada permainan takdir di depan matanya. Sahabat baik yang suatu waktu
dahulu berkongsi suka dan duka bersamanya telah pergi meninggalkannya.
Mungkinkah
itu satu petunjuk ataupun peluang untuk dia kembali bersama Ilham? Annessa
dihambat segunung rasa buntu. Dalam kekalutan fikiran, Annessa menolak kembali
Faris. Lupa dengan janjinya untuk bahagia bersama Faris. Kekerasaan hatinya
tidak mampu dilembutkan walaupun dengan airmata Faris."Takkan saya
langsung tak bernilai pada awak?" Sukar untuk menangkis kata-kata Faris.
Annessa akui memang dia yang bersalah. Namun, keikhlasan
hati Faris meruntun jiwanya. Betulkah tindakannya itu? Membiarkan lelaki sebaik
Faris pergi dari hidupnya.
Namun,
Annessa kecewa bila Ilham langsung tidak menunjukkan rasa sedih di atas
kematian Sofia. Entah kenapa tiba-tiba perasaan cintanya kepada Ilham menjadi
hambar. Walaupun masih berbekas cintanya kepada Ilham namun tidak mampu
mengatasi rasa kecewa dan hampa
yang
menyelinap di jiwanya. Hatinya tiba-tiba dibaluti kekosongan yang menggunung.
Sinar pelangi yang dinantinya kelihatan semakin samar dan pudar lantas mencoret
sejuta rasa malu, kecewa dan kacau di lubuk jiwanya itu. Annessa redha.
Membiarkan kedua-dua lelaki itu pergi dari hidupnya. Namun, dia bersyukur
kerana cinta yang selama ini membelenggu dirinya telah hilang. Bertahun dia
gagal menyingkir rasa itu, akhirnya dia berjaya. Perjalanan hidup masih jauh.
Dan Annessa perlu teruskan kehidupannya dengan sebaik mungkin. Namun, dalam
pada itu ada getar rasa yang mula menyelinap di sanubarinya. Sebaris nama itu
mula mendapat tempat di hatinya. Ada rindu yang berputik buat lelaki yang
bernama Ahmad Faris.
Untuk
mengambil keputusan itu, Annessa bermohon agar dilorongkan hatinya pada yang
sepatutnya. Annessa tidak pernah menyesal dengan keputusannya dahulu. Lalu,
bila hatinya tergerak untuk melangkah, Annessa percaya itu satu ketentuan.
Bersama
keyakinan Annessa menemui Faris, menyatakan hasrat di hati. Dan Faris
menyambutnya dengan rela hati. Episod cinta antara mereka baru bermula. Dan mudah-mudahan,
kesudahannya pasti tidak akan sama seperti sebelumnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar